20121231

Makin meningkat usia ni, rasanya masa bergerak begitu pantas. Sangat pantas, dan kadang aku terfikir, selama 17 tahun aku hidup ni, adakah cukup persediaan aku untuk akhirah nanti? Cukup ke amalan aku untuk meniti titian as-sirat tu nanti? Cukup ikhlas ke amal yang aku lakukan selama ni? Cukup ke amal aku untuk turut sama menarik Abah, Mama, Kak Ros, Kak Wani & Adik turut sama masuk ke Jannah Allah? Atau aku.. bukan dari kalangan hambaNya yang solehah :(

Buat aku sedih sendiri. 

p/s: Berubah Mijaa! Berubah! 

20121229

#1 ; Before I Die


Assalamualaikum and hey, this is the first greeting ever! Before this, tak pernah pulak aku kasi salam, pakai hentam je.. harharhar :D

So, aku ada lah beberapa list apa yang aku teringin nak buat, kempunan sangatlah kan nak buat, sebelum aku mati. Mati? Sounds like scary, oh well we should. Sebab belum tentu lagi kalau hari ini kita sedang enak menjilat eskrim dengan adik kita, tup tup esok.. semua orang datang ziarah kita yang sudahpun berkafan...(ayat klise) hihi, dah2 lari topik pulak aku ni. Jadi, sebelum mati aku nak belajar drive sampai veteran macam Abah. InsyaAllah

Okay, starting from 101212 haritu aku dah mula masuk bengkel untuk buat lesen kereta & motor semua di Yakin Pandu, then 271212 was the first day I put my hand on car's gear. Excitedly!! Sebab Abah tak pernah kasi aku sentuh :(  It was so amazing to learn how to drive a car :)  Luckily me, cikgu yang mengajar aku sangat2 lah baik, dan memahami. Cuma sometimes tu bila dia bagi perumpamaan tu, otak aku tak dapat mencerna dengan baik. Entah apa lah kaitan Mak Limah dan Pak Abu yang dia cerita berkaitan dengan apa yang aku nak belajar ni -..- 

How it went? My cikgu kereta ajar step by step lah memandang aku ni masih muda belia bergetah dan innocent kan. *vomit* And SERIOUSLY aku eksaited gila gila, sebab it went like this .. "Woaa, bergerak gak ek kereta ni... walaupun aku yang drive.. woOhaa!" -jakun of me. Akhirnya akan aku buktikan pada Ma Abah aku yang tak berapa nak harap sangat dengan aku ni, bahawasanya nanti aku boleh drive. muehehe. Dan motor pulak, sekarang aku tengah tunggu untuk dapat lesen L.

Masa mula-mula belajar drive kereta kan.. kan kereta bergerak. Aku yang memang sedia asli jakun ni, macam BLUR lah wey. Terengganu-ian said 'PENGONG'.. Cikgu aku suruh, "pusing stereng ke kanan! pusing kanan!" aku pulak :O masih lagi dengan muka over-eksaited, last2 cikgu aku yang tolong pusingkan stereng.. haha! Cikgu aku membebel jugaklah sebab sempat lagi berkhayal padahal ada kereta opposite kitorang. Aku pon capangkanlah telinga lagi dengar cerita Mak Limah dan Pak Abu , cerita rekaan cikgu kereta. Alhamdulillah aku tidak membunuh jauh sekali mencederakan sesiapa pada hari pertama drive.

Alah, nanti kalau dah betul2 dapat lesen pon, Abah aku jugak kena ajar aku nanti, sekali lagi untuk confirmkan mem besar tu. Dapat kelulusan secara total tu dari bapak aku gak, barulah betul2 boleh drive kereta, dan aku nak sangat belajar drive 'The Beatles' Abah aku , sebab kereta tu classic dan aku mula jatuh cinta dengannya. Aikkk., dah jadi gila besi pulak. Oke, sekian...

20121228

my imaginary friend said ;

It's okay you got a bad grade.
It's okay you're not skinny and have bright big eyes and don't fit into size four jeans.
It's okay boys don't whistle at  you (I mean you're not a dog, are you?)
It's okay if your friends are leaving, because if they were such a good friends, they'd be sitting with you trying  to not make you feel like shit.
It's okay if your parents shout at you, they trying their best and I don't think they remember how it feels to be a teenager anyway.
It's okay if someone that you care most, ignore you and they don't even realize your existence.
It's okay if you feel as tough as you've lost yourself, everybody does from time to time.
It's okay if you're still searching for that missing part of you, we all are.
It's okay to feel alone, but you must often remind yourself that you're not.

You must remind yourself that you're 'beautiful', individual, replica of nobody else.
You're you and that's  damn well good enough for yourself! 

20121223

Abah

'Anak manja abah'. Title yang digunapakai oleh family aku untuk menunjukkan aku ni 'manja' dengan beliau. Manja doesn't mean that aku ni yang paling cengeng dan aku dapat ape je aku mintak, tak. Tak sama apa yang pemerhati fikirkan. Pada zahirnya memang kelihatan manja tapi dalamnya memberontak, susah difahami, hard-headed dan akulah anak perempuannya yang paling superior. Bukan derhaka dan Abah tahu aku memang secara totalnya ikut perangai beliau. Garang traits.
Thanks to ALLAH for giving me such an awesome Abah ever, very good enough for me and I really hope that Abah will be my wali one day. Kalau aku flashback kisah silam aku, mungkin tanpa kerasionalan beliau aku sampai sekarang bergerak pakai kerusi roda, ye kerusi roda OKU itu.

"alah, benda silam apa nak diungkit.. Abah, Ma ikhtiar je. Allah yang kurniakan semua tu untuk Iza"

Abah punya cara, akal rasionalnya buat aku kagum. Dan tipulah kalau aku tak cakap, suami aku nanti, mesti nak yang macam ciri-ciri Abah even Abah taklah romantik mana pon.. hihi. Garang tu aku suka, sebab masa kecik-kecik dulu, Abah yang ajar aku dari Alif  Ba Ta sampailah khatam Al-Quran. Rotan wajib di tangan, dan kalau tergagap, aku lepas mengaji mesti pergi mengadu, nangis dalam pelukan Ma. Dan pernah satu musim cuti sekolah hujung tahun, setiap kali lepas Subuh, aku diwajibkan mengaji sampai pukul 8 pagi. Bringing back this memories makes me touch :'(

Masa kecik-kecik dulu, liat sangat makan ubat, sampai satu tahap buat Abah marah, marah Abah tu kerna sayang. Demam panas, campak pon degil. Tapi kerana beliau jugalah aku cukup rasa kasih sayang tu walau tidak pernah dilafazkan. Masa aku jatuh tangga sampai berjahit, seliuh dulu, Abah yang dukung bawa pergi rumah urut, hospital dan segala bagai. Abah jugak yang selalu belikan cake bilamana 29 April tiba. Abah yang selalu bawak aku pergi jalan-jalan, merempit dengan beliau petang-petang. Abah pun kalau aku mintak apa-apa yang dalam fikirannya aku memang perlukan, tak pernah beliau kata "tak boleh", paling tidak beliau akan diam dan usahakan sendiri sampai aku perolehinya. Bilamana aku dapat masuk sekolah berasrama penuh, Abah orang pertama yang suruh dan nak aku pergi sana dan berdikari. Katanya nanti jangan manja lagi, semua dah kena buat sendiri dan jangan buat orang benci. Biarkan orang nak kata apa pun kat Iza, asal Iza tak sentuh hidup orang lain. 

Abah, dan di sekolah baru itu, memang aku berubah dari yang agak nakal dan bersosial dulu, Alhamdulillah, perlahan-lahan berubah. Lebih baik, tapi sayang pelajaran memang agak merosot. Aku sendiri taktahu kenapa. Dan Abah memang tak pernah paksa aku untuk capai yang paling cemerlang. Nasihatnya agar aku belajar ikhlas kerna Allah dan ingat pesan guru-guru. Abah faham benar anak perempuan dia ni sorang, jangan dipaksa tapi kena selalu diingat-ingatkan.. Jasanya aku kenang, sampai satu tahap masa duduk hostel dulu, nangis-nangis telefon Abah, aku tak dapat capai yang terbaik untuk result aku. Nangis-nangis cakap kat Abah aku nak pindah dari SBP. Nangis-nangis kat Abah lagi minta maaf cakap aku banyak habiskan duit, masa & tenaga beliau hantar aku sampai sini. Nangis-nangis cakap kat Abah, aku ni banyak sangat menyusahkan beliau.

Abah suruh berhenti nangis (orang garang memang pantang dengar budak besar nangis tau) dan beliau cakap, tak pernah kisah pon result aku macam mana, paling penting jangan pernah give up dan beliau akan selalu doakan aku (masa aku tengah rabak gila la ni). "Sabar tu penting. Anak Abah"
Kalau nak diceritakan jasa beliau, memang sepanjang hari menaip pon takkan habis. Apa yang aku paling syukuri, aku terlebih awal sedar hakikat jasa beliau, jasa dari sejak aku diiqamatkan, kenal erti manusia, sahabat & musuh , pengisian agama & rohani yang mungkin aku tak dapat dari mana-mana. Seorang Abah yang mana marah bila aku buat orang sakit hati, terutama kakak-kakak aku lah, masa kecik-kecik dulu. Seorang Abah yang mana marah gila bila dengar aku tercarut. Seorang Abah yang menegur aku dalam banyak hal. Seorang Abah yang sudah berusaha supaya anak kecilnya dulu ni yg 'agak istimewa' sampai dapat berjalan melihat dunia :')



*Kalau kau dah hayati video ni, tapi tak tersentuh, aku yakin hati kau sudah jadi batu. Maaf.

20121219

rebound

dear Ex,


It's like I'm finally awake, 

and you're just a beautiful mistake.


20121212

121212

Hey-hey, I was so happy today cause I met my BFFs sebab kita dah lama tak jumpa. So, we gather in a square table, talks, share secrets,  eat a lot and shopping for sure. When I first met Aina after a long-lost contact,  I was like OMA! How slim she is. Like seriously, Aina bertambah comel, with her skinny thigh jeans. Really adore my BFFs' outfits today. As semua makin membesarkan, semua dah pandai bergaya, and I was like *alahai* , aku je yang tertinggal di belakang with my t-shirt and sneaker. It's okay cause I know that they didn't judge me by how I look or behave, they really know me. Gaduh-gaduh manja tu common lah kan, ukhuwah itu masih kekal. Alhamdulillah.


here goes some pictures. load.. some more..


di Brands Outlet, mood gila mai dah, dia mai dah. 
Ehh ehh , makin chubby la budak ni.. bahagia sungguh tunjuk gigi arnab :3


ni makwe-makwe gua yang paling gua sayang, gua akan marah betei kalu ada orang nak kacau makwes gua. 


Amna, my best listener ever.


in blue Aina, our best fashion-adviser and hilarious in person.
in green Piqah, our petite, little BFF and really really naughty in silence. I know it, the way she act in her own camera.

and last but not least..


Aisha or I call her Esoh is my kakak today. We accidentally met her teacher and her teacher asked, 
"Superman! Adik awak ke ni?" 
."Ehh, takdelah" replied us in aghast .

see? nampak tak permainan dia kat situ? 

what else I can say, I just happy enough for today, and we went home by Aina's father's car. And we did a little shenanigans at her home. Mucho gracias for Aina for giving us the sweet lip balms, yeah? lip balms I guess. First time owning it, and I love it :* lots of love for today.



20121211

Menanti Di Barzakh

Ku merintih, aku menangis, ku meratap, aku mengharap
Ku meminta dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata
Perjalanan rohku melengkapi sebuah kembara
Singgah di rahim Bonda sebelum menjejak ke dunia
Menanti di barzakh sebelum berangkat ke Masyar
Diperhitung amalan penentu syurga/ sebaliknya.

Tanah yang basah berwarna merah
Semerah mawar dan alga rindu
7 langkah pun baru berlalu
Seusai talkin penanda syahdu
Tenang & damai di pusaraku
Nisan batu menjadi tugu 
Namun tak siapa yang tahu resah menemaniku..


20121210

sanah helwah Qistina Ariana


Today is my niece birthday, Qistina Ariana, which is the most I adore. And now, she is three years old. Time sure flies, cause I still remember when I first posting about her in my blog before, how I dukung her in my arms when she was 7 days-old. Well, she is the only niece that I had. For the time being. herher :D


How witty she looks! Onomnomnomnom ~


Happy Hippie Birthday Qistina Ariana, 
May Allah Bless you . Always :*


20121209

Bismillah

I don't know where should I start, but may the opening be worderful one.
Hey, I'm  Mijaa Chan, no longer the old one.
She has changed. Disastrously changed.

And ignorance is my new bestfriend.
I'm so glad, I'm ready for a new me.

I'll be a better person.
InsyaAllah.

New story begins..