Saya suka budak-budak, antara lingkungan baru lahir sehingga 7 tahun. Lepas tu saya akan mula rasa pening dan serabut dengan perangai yang semakin menjadi-jadi nakalnya (macam cakap kat diri sendiri ni). Jadi saya ada seorang anak saudara yang bernama Qistina Ariana Bt Mohd Firdaus yang berumur 4 tahun. Saya panggil dia Himawari Chan sebab perangai dia betul-betul sebijik adik Shin Chan. Jadi saya ada masa 3 tahun lagi untuk bermanja-manja dengannya. Hahaha! Mesti kawan-kawan yang membaca turut berasa heran, mengapakah saya menggunakan bahasa Melayu standard penuh? Ini kerana saya sedang kebosanan dan saya ingin memindahkan kebosanan saya dengan cara yang begini. So, ehh jadi sekarang mari kita tengok gambar dahulu okay? Jangan bosan bosan.
Muka terpinga-pinga sebab ada Mamarazi sibuk nak tangkap gambar. Adik dengan aksi riang ria ribena pulak. Ehh betul ke penggunaan istilah "tangkap gambar" aku ni, ahhh ohh erhhhh, betul lah otak dah tumpul dan tak tunjuk cerdik lagi T___T
Inilah samseng air namanya, hoi hoi mana satu aku fokus ni? Hahaha.
Lucunya Qistina dan adik. "Nak mandi macam ni jugak..hmm" -dalam hati ku menjerit!
Sesi kuak lentang.
Masa ni Qistina jerit "Ahhh ahhh tolong saya!"
Punyalah kuat suara budak kecik ni..
Mula-mula dalam air, dia cari, manalah Cik Su dia ni, pastu main punya main dalam air, entah apa pesen laa Qis pergi minum air kolam tu buat apa.. Dia ajak jugak aku mandi sekali, tapi kalau aku join sekali tu memang menentang norma alam lah tu, terang-terangan kolam untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
This is my fav picture, sebab ia nampak real kan kan? *guna kamera cabuk je*
"Okaylah" - ayat sedapkan hati sendiri =..=
Masa ni Qis ketawa sakan, sebab Cik Su dia kemain lagi kena simbah macam tu.. Lucu lah budak-budak ni, patutnya aku buat video satu kan.
Himawari Chan ni kadang-kadang pemalu jugak, sebab masa makan kat Pizza Hut haritu, adalah kawan kakak aku yang memang handsome tahap Zain Malik ni makan depan dia, dia pun malu-malu pulak. Ni makcik dia yang ni *tunjuk kat muka sendiri* Aku yang siap awal sekali makan..hahh..
Siap menambah-nambah lagi. hemp!
Banyak lagi gambar sebenarnya, tapi disebabkan cuaca yang kurang elok, line pon lebih slow dari siput bab.
Sayonara! :D
*kejap aku kejap saya, mana satu ni?