20151230

Untuk Kamu, Aku Akan



"Sesuatu yang boleh menjadi suri hatiku, pastinya membuatkan jiwaku lena dibuai senyumannya. Sesuatu yang jiwanya halus tetapi akalnya kukuh. Yang mempunyai perasaan marah, gembira, suka dan hiba namun setiap kali dizahirkan ia keluar cukup indah emosinya. Sesuatu yang mahir berbahasa malah mampu menghidupkan jiwa lain dengan kata-katanya, malah mampu menghidupkan jiwa lain yang sudah mati. Sesuatu yang boleh melihat nilai disebalik sepatu burukku dan baju lusuhku. Dan yang paling penting, sesuatu yang sanggup berkorban dan mengorbankan tanpa sedikit pun merasa terkurang."  - Aspalela, 2012.


20151224

Catatan Aspalela

Gadis yang ceria ini,
Tak pernah lekang dengan
senyuman dan gelak tawa.

Dan gadis itu baru tersedar,
Dia memandang wajahnya, tersenyum.
Lalu berkata pada diri,

"Iza, kau seorang yang ceria dan tabah.
Jangankan kerana seorang lelaki itu, 
senyumanmu diragut, kebahagiaanmu hilang."



p/s: Aspalela rindu senyumanmu.