20200522

#15

I'm on my break now.
Nak rehatkan otak sekejap.
Tak sangka dah 37 minggu mengandung.
37 minggu dan berjaya puasa (hampir) penuh.
37 minggu dan masih tengah pulun siapkan assignments.
37 minggu dan masih lagi sibuk belajar.

Who'd have thought that this is Allah's plan for me?

Harap anak ingat mak rajin belajar bila keluar nanti.
Harap anak pun rajin belajar dan cari ilmu nanti.
Harap anak pun tak cepat putus asa nanti.

Harap-harapnya. Doakanlah. 

20200501

Tiga Tahun

Hi. Tiga tahun aku tinggalkan penulisan di blog.
Kekok rasanya bila ada peluang untuk menulis lagi.
Peluang yang dimaksudkan aku di sini ialah masa.
Cepatkan masa berlalu?
Tiga tahun.
Macam-macam dah berlaku dalam hidup aku.
2018 ⁠— Kawin
2019 ⁠— Sambung master's degree
2020 ⁠— Pregnant (sekarang dah 34 minggu)

What a journey.
Alhamdulillah. 
Syukur kepada Tuhan untuk semua ini.
Aku harap kalian baik-baik sahaja.
Walaupun kita mungkin dah lama tak bersua.
Lama tak bertegur sapa.

Salam Ramadan! (jika ada yang masih singgah di sini lah :)