20130117

RABAK ; putus cinta


Hati anda dilukai seseorang?
Malam dan siang bagaikan tiada kitaran?
 Perlukan teman untuk bersembang?

kami ada jalan penyelesaiannya! 

Dail ON CINTA dan hantar ke 332626


Ni iklan untuk orang yang tak percaya dan redha dengan takdir Tuhan. Okay aku mengaku lah, soalan-soalan di atas tu, kalau dulu ditanya pada aku, aku akan jawab YA.

Dulu, masa aku memang jahil tentang agama, aku fikir, couple tu bukanlah satu masalah besar. Lagipon hubungan aku dengan dia, dalam kategori LDR (long-distance-relationship) . Sebab tu aku tak fikir sangat, memang jarang sangggatt boleh jumpa.  Kemonn lah, itu dulu. Sekarang menyesal pon dah takde guna. So aku MOVE ON. Dua patah perkataan yang mana bila korang sendiri berada dalam kasut aku, tahulah betapa susahnya nak move on. Siyes gua cakap sama lu, memang susah.



Member semua senanglah cakap, 

"sabarlah wei, ada la tu hikmahnya"
"wei kau muda lagilah, janganlah sedih-sedih, ramai lagi tahu menghargai kau"


Ya, situasi ni namanya putus cinta, cukuplah sekali dan aku rasa perit. 
Dua tahun aku setia dan lastly dia buat onar. Kecewa tu tak usah cakap, memang remuk-rendam perasaan aku ni. Tapi, aku tak pernah salahkan dia pun aku jadi macam ni, aku salahkan diri aku sendiri sebab setia sangat dan bersikap naif dulu. Betapa naifnya aku dulu, bila aku memang pernah 'berkongsi' ex-BF aku dengan sorang awek cun ni. Masa tu memang aku tahu lah, sebab awek tu gila-gila minat kat dia. So, aku buat tak kisah, sebab aku percayakan dia. Lepas kiteorang broke up, kadang-kadang aku buat kerja bodoh jugak, selalu stalk dia dan aku sendiri pulak yang makan hati. Aku yang melihat dia dari jauh sedang bermesra dengan perempuan lain, sedangkan aku pulak masih di sini memendam perasaan..huu.  Mau tak rabaknya aku dulu woi! ╹〰╹
Dan aku rasa berterima kasih jugak pada dia, sebab dialah aku kenal istilah MOVE ON. Aku rebah tersungkur menyesal pon takde guna dah, time can't go reverse right. Aku cuma harap dia bahagia dengan pasangan dia sekarang, semoga berkekalan. Dan aku selalu berdoa agar Allah jauhkan hati aku terhadapnya, sebagaimana Allah jauhkan hatinya terhadap aku.

Yang paling aku terharu dulu, masa aku tengah nangis (masa jahil la ni), seorang sahabat aku ni, dia tak tanya banyak pon tapi dia tahu keadaan aku masa tu. Masa tu kat hostel, dia datang peluk aku sambil cium kepala aku, dan cakap . . .

"I'll always love you, okay" 

Memang aku rasa malang lah masa tu, kenapa mesti aku yang alami benda tu semua. Tapi..sekarang aku realized memang banyak benda yang aku belajar dari semua tu. Dan mulai saat tu jugaklah aku jadi kurang percaya dengan lelaki, i repeat kurang okay, bukan tak langsung. Jadi, sekarang aku rasa selesa gila dengan life aku dan aku boleh buat apa saje yang aku suka tanpa halangan. Hihi :D

Masa ni lah kita nak hargai zaman remaja kitakan. Buat apa hidup di alam remaja kalau dok sibuk nak jaga hati dan perasaan orang lain, perasaan diri sendiri pon tak terjaga. heh. Aku malas dah nak kapel kapel ni, dosa tau, harremm. Aku nak berubah, takmau dah buat benda tak berfaedah macam ni. Satu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan apabila putus cinta ialah ;

Kalau dah single ni, handphone dalam selimut ke, bawah katil ke, memang dah tak sedar, kredit pon banyak ataupun takde kredit langsung :3

Weee ~ memang betul kan. HAHA! Tapi kadang-kadang bongok jugak aku ni, dah masuk tahun ke-2 kot aku broke up dengan dia, tapi still dia ada dalam memori aku, tersemat rapi, bak kata orang putih, its hard to forget someone who gave you so much to remember..
Dan aku cuma harap nanti ada seseorang yang boleh buat aku lupakan Zaman Gelap aku tu dan pastinya dia ialah seorang yang halal buat aku, in shaa Allah suatu saat nanti . Buat apa nak cari sekarang, buat rilex sudeh. Tak pon suruh Mama yang carikan! herher *gelaksopan*  

Malas nak fikir pasal jodoh-jodoh ni, takut nanti sampai jadi bodoh.
Pada aku sekarang biarlah Allah yang aturkan, aturanNya pasti jauh lebih sempurna.
Percayalah .




So moral of the masterpiece ; kepada sape2 yang belum kapel tu, aku nasihatkan tak payah lah gatal2 nak kapel, buat menyesal di kemudian hari je. Tak kiralah pakwe korang tu muka suci macam Ashraf Muslim sekalipon, kalau dah Tuhan nak balikkan hati dia, kejap je dia boleh fall kat orang lain. Tunggu sahaja yang halal buatmu. KataNya, Kun Faa Yakun



5 comments:

Unknown said...

dah baca bismillah.yeah mijaa !move on wa cakap lu.Allah sedang merancang yang terbaik untuk hang.single nie limited edition tau.kih kih kih.Ku faa yakun. *asal bahasa saya macam errrr nie?haha.

Mijaa said...

keyboard awak rosak tu Amna, hehe :D
thanks! jyeahh, MOVE ON!

tiRaHmUsS said...

klu single mmg x ksah psal fon.. *in this situation right now..
hhuhuhuu :3

Khairul Nizam Suhaimin said...

Sungguh memberi inspirasi, bagus anok ambo ni haha

Mijaa said...

tiRaHmusS, byk2 lah bawak bersabar :)

Khairul; tgok ayoh dio plak.. haha :D