2.20 am.
Hanya bertemankan lampu neon di luar jendela, aku menulis blog. Dalam kesamaran cahaya, mengisi kekosongan jiwa dengan bait-bait yang tidak membawa sebarang makna. Aku KOSONG. Seperti ada sesuatu yang hilang. Entah. Buntu. Kadang-kadang aku rasa sunyi sendiri. Tapi aku tak suka juga dengan gangguan teknologi. Telefon berbunyi ignore, mesej masuk pun lambat-lambat reply. Aku terlalu banyak berfikir mungkin. Fikir tentang macam manalah result spm aku nanti, also im trying to figure out my life for 5 more years to go. Pelbagai kemungkinan. Mungkin aku mati dulu. Who knows kan..
Sebenarnya tadi baru aku dapat mesej dari kakak aku, dia suruh aku tidur sebab dah lewat malam padahal bilik dia depan bilik aku je. Macam mana aku nak tidur kalau lately fikiranku menerawang fikirkan bermacam-macam perkara.
I can't take it easy. Anymore.
Tapi di sini ada pesan dari akhi, he said ..
"Don't worry about life for it is not within your power, but worry about your Imaan, because without it life would be worthless."
*self reflection* :/
No comments:
Post a Comment