Mahu tak sedih.
Orang lain gembira. Kau seorang, simpan dalam hati perasaan gembira, tak mampu nak diluahkan dek terlebih kisah duka daripada suka.
Mahu tak kecewa.
Orang lain ketawa sedang kau dari pagi petang malam bila berseorangan tak berhenti keluar air mata sebab beban makin hari makin memberat kau bawa.
Mahu tak rasa teraniaya.
Orang lain berbangga dengan kejayaan mereka, kau pula menyorok kerana tak ada satu apa yang boleh kau tunjuk pada mereka untuk dibangga.
Tapi.
__
Mahu tak rasa bahagia.
Orang lain bergembira, bergelak tawa sedangkan kau, diuji Dia. Bila depan Allah kau mengadu padaNya.
Satu nikmat. Nikmat dapat mengadu pada Rabb.
Allah uji sebab Allah sayang duhai sahabat, duhai saya.
Bersabarlah, apa yang Allah simpan itu jauh lebih baik.
Kalau ujian setakat ini buat kau berputus asa dengan rahmatNya, fikirkan pula berapa banyak nikmat yang telah Dia kurnia. Countless. Infinity. Sabar tatkala diberi ujian. Syukur tatkala diberi nikmat. InsyaAllah. Dia redha.
- HanyaSekadarHamba
1 comment:
안녕하세요! This is twinscraftlife. We are handcrafters! pls visit our blogshop~ We sell handmade bags, pouch, phonecase, bookmarks, notes and many more! 감사합니다~ 꼭오세요~ twinscraftlife.blogspot.com
Post a Comment