20130405

SPM result's Drama

Pada hari semua batch 95' nak terima result haritu.. baru semalam member gua cerita kat gua, yang dia tak sedih sangat pon pasal result dia yang lebih kurang okay lah, cuma... dia sedih bila dia dapat result dia, sorang member dia ni yang punyalah gempak result dia, straight As woo. Tiba-tiba tapped on her back dan cakap, *nama dan seangkatannya dirahsiakan*

Straight As' : Weyy, Siti.. macam mana result kau?
Siti (result biasa2) : Addmath aku dapat D.
Straight As' : Huh? Apesal teruk sangat doh?!
Siti (result biasa2) : (terkelu terdiam seribu bahasa)
Member sebelah Siti : Iffah!! (bagi amaran sambil jegilkan mata)

Straight As' : Wey sorry sorry, aku tak bermaksud apa pon, cuma kau kan dah usaha lebih untuk subjek Addmath. Tu yang aku terkejut.
Siti : (pergi tanpa menjawab)

Okay, selepas je gua dengar cerita member gua Siti ni (bukan nama sebenar, diulang) berasap terus telinga gua ni. Andailah kalau Si Straight As' tadi ada depan gua, mahunya gua ceramah laju-laju. Pfft, tak sangka sungguh masih wujud manusia jenis seperti ini. Sungguh gua terkilan. Nasib lah yang dapat straight As' dan Siti bukan satu sekolah dengan gua, kalau tak boleh gua mintak tolong Sir Amri gua bagi pantun kiasan kat budak tu.. Haaa baru tahu berasap ke tak berasap.

So, moral of the story, belajar lah bersungguh-sungguh bagi tidak disembur pada hari RESULT SPM, sekian.

2 comments:

Khairul Nizam said...

Allah tidak memandang hasil sesuatu tetapi memandang usaha untuk mencapai sesuatu

Mijaa said...

definitely :D