20141030

Orang Bukan Faham

“Orang bukan faham pun apa kita rasa.
Kita menjeritlah.
Menangislah.
Orang tetap tak rasa dan tahu.
Melainkan Dia.

Tetapi kita ni,
tetap juga nak utamakan manusia melebihi Dia.
Walhalnya ujian dan masalah itu adalah
kasih sayang Dia pada kita.

Luahlah  pada Dia.
Kenapa perlu manusia.
Mungkin Allah tak beri respon yang memuaskan.
Gitu?

Tidak.
Allah itu Maha Memahami.
Maha Mengetahui.
Setiap corong dan celah yang kita
sembunyikan sakit itu pun Dia tetap tahu dan rasa.

Tapi,
Dia minta kita kuat.
Bukan minta kita lemah.
Bukan minta kita bersangka buruk
padaNya.

Berdoalah.
Bersujudlah.
Dengan berdoa dan bersujud itu.
Dia akan berikan kita kekuatan yang
Luar biasa.”

2 comments:

Khairul Nizam said...

Itulah, kadang2 kita bergantung pada manusia.. bila dah berputus asa dengan manusia baru kita bersusah susah mencari Allah S.W.T.

Mijaa said...

Yup, dan banyak lagi diri ni kena refleksi.