20121223

Abah

'Anak manja abah'. Title yang digunapakai oleh family aku untuk menunjukkan aku ni 'manja' dengan beliau. Manja doesn't mean that aku ni yang paling cengeng dan aku dapat ape je aku mintak, tak. Tak sama apa yang pemerhati fikirkan. Pada zahirnya memang kelihatan manja tapi dalamnya memberontak, susah difahami, hard-headed dan akulah anak perempuannya yang paling superior. Bukan derhaka dan Abah tahu aku memang secara totalnya ikut perangai beliau. Garang traits.
Thanks to ALLAH for giving me such an awesome Abah ever, very good enough for me and I really hope that Abah will be my wali one day. Kalau aku flashback kisah silam aku, mungkin tanpa kerasionalan beliau aku sampai sekarang bergerak pakai kerusi roda, ye kerusi roda OKU itu.

"alah, benda silam apa nak diungkit.. Abah, Ma ikhtiar je. Allah yang kurniakan semua tu untuk Iza"

Abah punya cara, akal rasionalnya buat aku kagum. Dan tipulah kalau aku tak cakap, suami aku nanti, mesti nak yang macam ciri-ciri Abah even Abah taklah romantik mana pon.. hihi. Garang tu aku suka, sebab masa kecik-kecik dulu, Abah yang ajar aku dari Alif  Ba Ta sampailah khatam Al-Quran. Rotan wajib di tangan, dan kalau tergagap, aku lepas mengaji mesti pergi mengadu, nangis dalam pelukan Ma. Dan pernah satu musim cuti sekolah hujung tahun, setiap kali lepas Subuh, aku diwajibkan mengaji sampai pukul 8 pagi. Bringing back this memories makes me touch :'(

Masa kecik-kecik dulu, liat sangat makan ubat, sampai satu tahap buat Abah marah, marah Abah tu kerna sayang. Demam panas, campak pon degil. Tapi kerana beliau jugalah aku cukup rasa kasih sayang tu walau tidak pernah dilafazkan. Masa aku jatuh tangga sampai berjahit, seliuh dulu, Abah yang dukung bawa pergi rumah urut, hospital dan segala bagai. Abah jugak yang selalu belikan cake bilamana 29 April tiba. Abah yang selalu bawak aku pergi jalan-jalan, merempit dengan beliau petang-petang. Abah pun kalau aku mintak apa-apa yang dalam fikirannya aku memang perlukan, tak pernah beliau kata "tak boleh", paling tidak beliau akan diam dan usahakan sendiri sampai aku perolehinya. Bilamana aku dapat masuk sekolah berasrama penuh, Abah orang pertama yang suruh dan nak aku pergi sana dan berdikari. Katanya nanti jangan manja lagi, semua dah kena buat sendiri dan jangan buat orang benci. Biarkan orang nak kata apa pun kat Iza, asal Iza tak sentuh hidup orang lain. 

Abah, dan di sekolah baru itu, memang aku berubah dari yang agak nakal dan bersosial dulu, Alhamdulillah, perlahan-lahan berubah. Lebih baik, tapi sayang pelajaran memang agak merosot. Aku sendiri taktahu kenapa. Dan Abah memang tak pernah paksa aku untuk capai yang paling cemerlang. Nasihatnya agar aku belajar ikhlas kerna Allah dan ingat pesan guru-guru. Abah faham benar anak perempuan dia ni sorang, jangan dipaksa tapi kena selalu diingat-ingatkan.. Jasanya aku kenang, sampai satu tahap masa duduk hostel dulu, nangis-nangis telefon Abah, aku tak dapat capai yang terbaik untuk result aku. Nangis-nangis cakap kat Abah aku nak pindah dari SBP. Nangis-nangis kat Abah lagi minta maaf cakap aku banyak habiskan duit, masa & tenaga beliau hantar aku sampai sini. Nangis-nangis cakap kat Abah, aku ni banyak sangat menyusahkan beliau.

Abah suruh berhenti nangis (orang garang memang pantang dengar budak besar nangis tau) dan beliau cakap, tak pernah kisah pon result aku macam mana, paling penting jangan pernah give up dan beliau akan selalu doakan aku (masa aku tengah rabak gila la ni). "Sabar tu penting. Anak Abah"
Kalau nak diceritakan jasa beliau, memang sepanjang hari menaip pon takkan habis. Apa yang aku paling syukuri, aku terlebih awal sedar hakikat jasa beliau, jasa dari sejak aku diiqamatkan, kenal erti manusia, sahabat & musuh , pengisian agama & rohani yang mungkin aku tak dapat dari mana-mana. Seorang Abah yang mana marah bila aku buat orang sakit hati, terutama kakak-kakak aku lah, masa kecik-kecik dulu. Seorang Abah yang mana marah gila bila dengar aku tercarut. Seorang Abah yang menegur aku dalam banyak hal. Seorang Abah yang sudah berusaha supaya anak kecilnya dulu ni yg 'agak istimewa' sampai dapat berjalan melihat dunia :')



*Kalau kau dah hayati video ni, tapi tak tersentuh, aku yakin hati kau sudah jadi batu. Maaf.

No comments: